Ibu kami meninggal dunia kerana kecuaian dibenarkan oleh kerajaan Pusat and Negeri.
Kepada saudara/i yang kami kenal maupun yang belum kami kenal, kami ingin berkongsi dengan kita semua mengenai salah satu perihal yang berlaku bahkan sudah pun berlaku terhadap ibu kami KAM AGONG dan mungkin juga pernah dihadapi oleh saudara/i. Kemungkinan saudara/i sudah pun mengetahui hal ini, yang telah pun berlaku 7 tahun lalu. Dimana ibu kami telah meninggal dunia akibat kecuaian doktor, Hospital, Klinik dan Kerajaan.
Pada 18-02-2002 kira-kira pukul 9.00mlm, ibu telah di bawa ke Hospital Daerah Lawas untuk melahirkan anak iaitu adik kami yang ke-8 dan ibu kami sebelum ini sudah pun mengalami perkara sedemikian sebanyak 7 kali, namun dia tidak pernah mengalami sebarang masalah. Bahkan dia juga 6 kali melahirkan anak di kampung iaitu 3 kali di rumah sendiri dan 3 kali di Klinik Desa Long Semadoh dan hanya sekali di Hospital Lawas. Apakah faedahnya Hospital dan doktor-doktor yang sedia ada? Selain itu , surat kebenaran untuk menjalankan pembedahan juga mencurigakan dan kami tahu tandatangan diatas surat kebenaran itu bukan tandatangan ibu kami.
Menurut laporan doktor di dalam kad klinik, ibu kami mengalami pendarahan yang banyak semasa pembedahan dijalankan Dan juga terdapat dua jenis pembedahan direkodkan Apakah Hospital dan doktor-doktor ini boleh kita percaya untuk mengubati setiap penyakit yang kita alami? Seperti yang sudah berlaku terhadap ibu kami KAM AGONG. Atau adakah kita akan berdiam diri dan memberikan perkara ini berlanjutan? Kemungkinan akan berlaku terhadap ibu, isteri, dan anak-anak perempuan saudara/i, adakah kita membiarkan saja?
Kira-kira dalam pukul 4.00pagi, barulah anak/adik kami yang di beri nama JEREMIAH JORDAN dilahirkan dan pembedahan tamat pada pukul 6 pagi. Dalam keadaan yang terlalu lemah dan baru di tambahkan darah ibu kami dihantar ke wad biasa, dengan denyutan nadi yang begitu lemah dan tekanan darah yang terlalu rendah. Selepas lima (5) hari di Hospital, ibu kami dibenarkan pulang dengan keadaan badan yang masih lemah dan darah yang masih rendah. Ibu kami pulang ke Kampung Long Semadoh dengan keadaan jahitan yang masih basah dan perut yang membengkak.
Pembedahan dilakukan oleh Doktor biasa bukan Gynecology. Pembedahan berlaku dengan komplikasi tetapi tidak dirujuk kepada pakar Gynecology kenapa?
8-3-2002 Hashimah Basri, doktor yang menjalankan pembedahan mengadakan lawatan ke kampung. Hashimah Basri telah memeriksa keadaan ibu kami di mana ibu kami memberitahu kepadanya bahawa sudah 12 jam ibu kami tidak mengeluarkan air kencing. Tetapi tidak ada tindakkan susulan yang diambil untuk memastikan kesihatan dan keselamatan ibu kami. Inikah tanggungjawab seorang doktor? Oleh kerana Hashimah Basri tidak berpengalaman/berpengetahuan di dalam bidang inilah dia mengambil keputusan untuk membiarkan saja keadaan ibu kami tidak di rawat.
Persoalannya ialah mengapakah ibu kami tidak dipantau oleh seorang Pakar dalam bidang Gynecology?
14-3-2002 ibu kami mengalami pendarahan yang teruk dan dihantar semula ke Hospital Daerah Lawas. Hanya dijaga kurang dari 48 jam di Hospital dan dihantar pulang pada 16-3-2002. Tindakan untuk menambah darah juga tidak dilakukan, dan tidak dibawa untuk berjumpa mana-mana doktor pakar untuk pemeriksaan selanjutnya.
Persoalannya ialah mengapakah kali ini pun ibu kami tidak diperiksa atau dibawa kepada seorang Pakar Gynecology?
17-3-2003 ibu kami masih tinggal di Lawas dengan saudara kami. Ibu kami memberitahu kepada saudara kami bahawa tindakan penambahan darah terhadapnya tidak di lakukan. KENAPA?
Saudara kami ini dan saksi-saksi yang lain menyatakan bahawa keadaan perut ibu kami membengkak dan luka atau bekas pembedahan itu masih basah dan bernanah.
Masih mempunyai masa untuk menyelamatkan nyawa ibu kami mengapakah kali ini pun ibu kami tidak di bawa kepada Pakar Gynecology ke Hospital Miri atau Hospital di Kota Kinabalu ?
18-3-2002 selepas tengah hari, ibu kami pulang ke Kampung Long Semadoh.
Kenderaan ke Long Semadoh berlepas pukul 2 petang. Mengapakah mereka tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelamatkan nyawa ibu kami. Apakah nyawa seorang ibu kaum Lun Bawang, Orang Ulu tidak berharga langsung?
19-3-2002 sekali lagi ibu kami mengalami pendarahan yang terlalu banyak. Hari ini lah di mana ibu kami telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, meninggalkan bayinya yang baru berumur 1 bulan dan anak-anaknya yang lain yang masih membutuhkan seorang ibu. Di mana dalam masa yang sama tiga orang lagi adik kami yang masih belajar di Tingkatan 2, Darjah 5 dan Darjah 3. Siapakah yang akan menyediakan segala kebutuhan mereka, menjaga mereka dan menyediakan segala yang sudah tersediakan oleh ibu kami untuk mereka sebelum ini?
Pada hari dan petang yang sama sekumpulan kakitangan Hospital Daerah Lawas datang kerumah kami dan mengambil semua documen perubatan ibu kami dan ubat lalu memberitahu adik kami Kathy yang berumur 14 tahun bahawa mereka tidak akan memberi balik documen perubatan ini dan menasihati keluarga kami supaya tidak mengambil tindakan makamah dan ianya telah ditakdirkan.
Mengapakah meraka harus bertindak begitu pantas selepas diberitahu bahawa Kam Agong telah meningal dunia? Inikah budaya kita? Inikah Malaysia negara yang terkenal sebagai negara penyayang? Apakah nyawa seorang ibu tidak bernilai langsung?
Dalam keadaan getir ini, saya AGNES PADAN anak perempuan sulung kepada KAM AGONG dan suami mengambil alih segala tanggungjawab yang ditinggalkan ibu kami. 31-12-2002 saya dan suami membawa ayah, abang dan juga adik beradik yang lain ke Kuala Lumpur. Kami mempunyai 4 orang anak.
2003 Kami mendidik adik-adik kami Tingkatan 4, Tingkatan 1 dan Darjah 5, tidak ada sebarang pertolongan dari mana-mana pihak. Segala keperluan sekolah, perbelanjaan sekolah, yuran sekolah, pengangkutan ke sekolah, setiap perbelanjaan kami tanggung sendiri. Dengan erti kata lain "BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI". Pada satu ketika dimana bekalan elektrik kami juga di potong.
Seandainya saya dan suami tidak mengambil keputusan yang terbaik, yang mungkin kita fikir mustahil untuk dilakukan oleh sesiapa pun. kami pasti masa depan adik-adik kami akan hancur. Pembelajaran mereka pasti terganggu. Selain itu keadaan adik kami yang baru lahir juga sangat membimbangkan, 2-3 kali dalam seminggu harus di bawa ke klinik untuk rawatan disebabkan jangka masa yang agak lama di dalam kandungan.
Kami hanya ingin mengingatkan kita semua supaya kita membuka mata kita terhadap hal-hal yang berlaku di sekeliling kita supaya kejadian serupa tidak akan berulang lagi terhadap ibu, isteri dan anak-anak atau saudara-saudara perempuan kita kemudian hari.
Beberapa orang kawan yang juga doktor turut kami tanya akan pendapat mereka mengenai hal ibu kami, mereka bersependapat dengan kami Bukan niat kami untuk menghukum sesiapa tetapi untuk memberitahu kita semua akan kebenaran yang berlaku di sekeliling kita.
Selagi kita mendiamkan diri, selagi itulah perkara ini akan berlanjutan dan pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab akan sentiasa mengambil kesempatan. UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN.

No comments:
Post a Comment